Saturday 14 September 2013

Chronic Venous Insufficiency


Congestive Heart Failure


Examine Head lymph nodes


Fertility and In Vitro Fertilization


Saturday 5 January 2013

Ujian saringan kesihatan percuma Perkeso


S. Subramaniam melihat kandungan dokumen mesyuarat bersama Zainal Rahim (dua dari kiri), Huraira Yazid (tiga dari kanan) sambil diperhatikan oleh K. Selvarajah (kiri), Dr. Lokman Hakim Sulaiman (dua dari kanan) dan Muhammed Azman Aziz Muhammed (kanan) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 15 Okt. - Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berumur 40 tahun ke atas layak menerima perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma sebanyak sekali di semua klinik swasta yang berdaftar di bawah pertubuhan itu bermula Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, program baharu yang diperkenalkan menerusi Bajet 2013 itu bertujuan membantu golongan pekerja mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis, buah pinggang dan kanser.
Kata beliau, setakat ini, sebanyak 2,719 klinik swasta di seluruh negara akan memberikan perkhidmatan itu dan pekerja yang tinggal di luar bandar pula boleh mendapatkan rawatan tersebut di klinik atau hospital kerajaan berdekatan.
"Ketika ini jumlah pencarum yang disahkan mengalami keilatan akibat penyakit tidak berjangkit meningkat hampir 36 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima di bawah Skim Pencen Ilat.
"Program ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada pekerja, malah memberi impak positif kepada majikan kerana mempunyai pekerja yang sihat dan berdaya saing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat antara Perkeso dan Majlis Perubatan Malaysia berhubung program saringan kesihatan percuma tersebut.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Zainal Rahim; Pengerusi Perkeso, Datuk Huraira Yazid; Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk K. Selvarajah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman dan Timbalan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Dr. Muhammed Azman Aziz Muhammed.
Subramaniam berkata, di peringkat awal sejumlah RM200 juta disediakan Perkeso untuk melaksanakan program saringan itu melibatkan sebanyak 1.9 juta pekerja.
Menurut beliau, Perkeso akan menambah sejumlah RM20 juta setiap tahun bagi merealisasikan hasrat kerajaan melihat semua pencarum mendapat manfaat daripada Bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
"Kita menjangkakan sebanyak 140,000 pekerja mendapatkan perkhidmatan ini setiap tahun dan jumlah itu akan terus meningkat berikutan peningkatan pencarum dari semasa ke semasa," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, klinik swasta yang ingin bekerjasama dengan kerajaan dalam menyediakan program saringan tersebut boleh mendaftar dengan Perkeso.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121016/dn_24/Ujian-saringan-kesihatan-percuma-Perkeso#ixzz2HA55JB73 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


PEMERIKSAAN SARINGAN PERKESO BOLEH DILAKUKAN DI KLINIK AL KAUSAR