PROFIL

Klinik Al Kausar telah ditubuhkan pada 27 Oktober 2011 di alamat PT20514K Tmn Permint Perdana, Kg. Batin, Kuala Terengganu, Terengganu. Klinik ini diterajui dan dimiliki oleh Dr. Mohd Bazir Jusoh, Pegawai Perubatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan dibantu oleh pembantu klinik yang terlatih.


Klinik Al Kausar telah berpindah ke bangunan baru berdekatan lokasi asal pada Julai 2013 dan beralamat di PT28093 Tmn Permint Perdana, Kg. Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Klinik ini terletak di kawasan perumahan Permint Perdana yang ramai di diami kakitangan kerajaan dan swasta. Dengan adanya klinik ini memberi kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan kemudahan kesihatan dan rawatan tanpa ke bandar hingga terlibat dalam kesesakan lalu lintas di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.

Menggunakan sistem berkomputer untuk mengendalikan rekod pesakit dan mempunyai akses internet 24 jam.  Seperti klinik yang lain, Klinik Al Kausar menyediakan perkhidmatan yang merangkumi kes-kes kecemasan, rawatan harian biasa, penyakit kanak- kanak, rawatan ibu mengandung dan sebagainya.

Pegawai Perubatan:

Dr Mohd Bazir Bin Jusoh
Kelayakan: MD (AIRLANGGA, SURABAYA, INDONESIA)
MMC: 33687

No comments:

Post a Comment